Khamis, 3 Februari 2011

Kenyataan Rasmi Ketua HEWI BKPJM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih memberikan kepada kita dua nikmat terbesar yang sewajibnya disyukuri oleh semua orang yang mengaku beriman iaitu nikmat Iman dan Islam.
Berikutan daripada masalah yang sedang melanda  negara Mesir hari ini semestinya memberi kebimbangan   dan kerisauan  kepada semua ahli keluarga pelajar-pelajar Mesir di Malaysia.
Untuk makluman, semua anak-anak Johor di Mesir kini  berada di dalam keadaan selamat khususnya mahasiswi.Mereka memberikan kerjasama yang terbaik bermula daripada perpindahan pelajar dari rumah sewa ke Asrama Pelajar Johor Raba’h sehinggalah sekarang.Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI) Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir sedaya upaya memastikan agar semua mahasiswi Johor di sekitar Kaherah dapat dikumpulkan di Asrama Pelajar Johor.
Bilangan mahasiswi Johor di sekitar Kaherah yang akan dipindahkan ke Jeddah adalah seramai 57 yang terdiri daripada pelajar Pengajian Islam dan pelajar Perubatan, manakala 5 orang lagi telah selamat pulang ke Malaysia pagi tadi dengan penerbangan yang ditanggung oleh keluarga mereka sendiri.
Pada pemerhatian saya ,masalah yang menimpa negara Mesir pada hari ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi kesatuan  anak-anak Johor di Mesir khususnya dan umat Islam di seluruh dunia secara umumnya.
Saya selaku Ketua HEWI BKPJM mengaharapkan agar seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan keselamatan kami dan keamanan negara Mesir,supaya kami dapat menyambung pengajian seperti sediakala.


Salam ukhuwah dari saya,

Nur Atiqah bt Roslin,
Ketua HEWI,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir ,
Sesi 2010/2011.

Info Terkini BKPJM

Berita BKPJM

Diskusi BKPJM

Info UMUM

Respon-Respon

Anda ada blog?

Jom sertai BKPJM Topsite!! [klik sini]

Arkib Berita HEWI