KAHERAH,15 Ogos 2015 – Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir
dibawah Unit Perumahan (Lajnah Kebudayaan,Kesenian & Sukan) HEWI dengan
kerjasama Unit Kebajikan & Kemanusiaan) HEWI BKPJM 2014/2015 telah
menganjurkan satu program yang saban tahun diadakan iaitu ‘Marhaban Raya’
bersempena bulan Syawal yang masih berbaki. Di kesempatan ini tidak dilepaskan peluang yang ada bagi
meneruskan kelaziman amalan ziarah menziarah walaupun berada di perantauan.
Program ‘Marhaban Raya’ ini dimulakan di rumah Pegawai Atase Pendidikan
Johor di Mesir, Ustaz Adam bin Ibrahim
dengan bacaan marhaban & sedikit ucapan dari Beliau yang menyentuh serba
sedikit berkenaan keberadaanya di sini sebagai pegawai Johor yang baru serta
mengingatkan untuk pelajar sentiasa istiqomah dalam mencari ilmu di bumi Mesir
ini dan diteruskan dengan ucapan dari Ketua HEWI, Ustazah Hanisah bte Abd Rani.
Sebagai tanda ingatan sedikit cenderahati diberikan sebagai tanda kenangan dari
BKPJM buat Ustaz Adam sekeluarga. Program diteruskan lagi dengan bacaan doa
wehdah dan doa rabitah di Dewan Kuttub
Sittah Asrama Pelajar Johor Rabaah dan diakhiri dengan sedikit jamuan.
Program ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menerapkan amalan untuk
saling ziarah menziarahi antara satu sama lain sama ada sesama akhawat mahupun
dengan pegawai sendiri. Diharapkan amalan ini dapat diteruskan lagi bukan
sekadar hanya pada program ini malah di luar program juga. Moga keteribatan hati
hati di atas syariatnya dapat meneruskan sunnah yang dianjurkan Rasulullah
s.a.w. sendiri. Hal ini tidak lain tidak bukan adalah kerana dituntut dan
sentiasa diwarisi zaman berzaman khususnya buat mahasiswi Johor dan sangat bertepatan
dengan tema SELOKA ’15 ‘Seindah Syawal, Semanis Ukhwah”