Jumaat, 28 November 2008

program permantapan ibadah bkpjm


Assalamualikum.

perhatian kepada semua ahli BKPJM...

pada setiap hari khamis,
selepas maghrib -Ratib hadad
-Bacaan yasin
-Solat hifzi

pada hari sabtu (minggu pertama setiap bulan)
selepas isya' telah mengadakan-solat tasbih

~program sedang dijalankan.jadi dia ajak kepada semua ahli BKPJM
sama-sama mengimarahkan rumah JOHOR dan juga diri kita dengan ibadah~

Jumaat, 17 Oktober 2008

hiper '08'


"Hi PER 08"

pengumuman kepada semua ahli pada 23.OKTOBER.2008,
akan di adakan hari pelancaran usrah sesi 2008/2009 yang di anjurkan oleh
LAJNAH DAKWAN DAN TARBIAH BKPJM

Semua ahli di jemput hadir untuk memeriahkan program pelancaran usrah ini bertempat di DEWAN IBNU SINA.Dengan membawa duit pendaftaran sebanyak le1.Dan jangan risau makanan akan di sediakan.

marilah sama-sama kita nantikan siapakah naqib dan naqibah yang cemerlang pada sesi 07/08.



jaulah makam

Assalamualikum...
makluman kepada ahli-ahli hewi UNIT SAMBUTAN DAN REHLAH
julung kalinya akan mengadakan JAULAH KE MAQAM SEKITAR KEHERAH

PADA : 21 OKTOBER 2008
Berkumpul di rumah johor JAM : 7 pagi.

kepada sesiapa yang berminat untuk menjayakan jaulah ini sila memberi nama anda kepada
ustazah shahidah bt mohamad(pemangku usr)
di talian 0114619140

Sabtu, 27 September 2008

Kad Raya Dari Hewi



Hari Raya Main Bunga Api

Main Bunga Api Di Bilik Hewi

Kami Memohan 10 Jari

Tangan Dihulur Senyuman Diberi

salam lebaran dari kami HEWI BKPJM sesi 2008/2009.

Sabtu, 5 Julai 2008

Q SIRI KE 3 & 4

TARIKH : 7 & 8 JULAI 2008
HARI : ISNIN & SELASA
PENDAFTARAN : 2 PTG ( IKHWAH )
7 PAGI ( AKHAWAT )
TEMPAT : MUKHAYYAM DAIN ( IKHWAH )
RUMAH JOHOR ( AKHAWAT )
YURAN : LE 15

Terbuka kepada semua mahasiswa/si STAM dan MUADALAH sesi 07/08.
Anda boleh mendaftar diri pada Unit Dakwah BKAN masing-masing.

" MEMPERKASA GENERASI ULAMAK "

Selasa, 1 Julai 2008

INFO KESIHATAN

KURMA

Abu Abdillah a.s bersabda " Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pegaruh sihir "

Abu Abdillah a.s bersabda " Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan "

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: " Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat "

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: " Berilah makan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa ( bersih hatinya ) "

KISMIS

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: " Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 12 kali setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian "

Imam Ali a.s bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kurma merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi "

Imam a.s bersabda: " Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa "

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: " Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan ( hempedu/cairan kuning ), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih "

MADU

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s, beliau bersabda: " Rasulallah S.A.W sangat menyenangi madu "

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s beliau bersabda : "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran "

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: " Barangsiapa meminum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah S.W.T akan menyembuhkannya dari 77 penyakit "

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: " Barangsiapa yang ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah meminum madu "

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat menkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada "

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: " Allah S.W.T telah meletakkan barakah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi "

Oleh itu, ambillah kelebihan yang terdapat dalam kandungan tiga makanan ini kerana ianya sendiri disebut di dalam hadis akan kelebihannya. Ambillah manfaat dan amalan dalam seharian kita, insyAllah.

Sabtu, 21 Jun 2008

ANDA MAHU MENJAHIT???


Kepada seluruh ahli BKPJM khususnya akhawat yang ingin menggunakan perkhidmatan mesin jahit boleh mendapatkannya di syaqah HEWI (syaqah 6).

Pembayarannya murah sahaja
LE1 untuk penggunaan 1 jam.

Oleh itu, gunakan kemudahan yang telah disediakan dengan sebaik mungkin.

Manakala, bagi pihak
ikhwah pembayarannya akan diperbincangkan selepas proses menjahit dan bergantung kepada kadar jahitan.

"MENJAHIT SAMBIL MENYUMBANG"

Rabu, 18 Jun 2008

IJTIMA' MAHASISWI KALI KE-2

Kepada seluruh mahasiswi johor,anda dijemput hadir ke Ijtima' Mahasiswi yang akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

TARIKH: 18/6/2008 - 19/6/2008
TEMPAT: Dewan Ibnu Sina Rumah Johor
MASA: 4.30ptg - 10.00pagi
BAYARAN: LE5


KEHADIRAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN, PENGISIAN MENARIK BERSAMA USTAZ NAZRUL MENANTI ANDA...

Selasa, 3 Jun 2008

Rehlah Tarbawiyah: Matrouh & Siwa

Isu: Pakaian Seragam Sekolah

Oleh: Norfaizah Mad Ali
Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2008

Baru-baru ini, cadangan untuk menukarkan baju seragam sekolah yang bewarna putih kepada warna yang lain oleh pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM ) telah mendapat perhatian masyarakat.

Faktor cadangan adalah berikutan banyaknya berlaku gejala-gejala yang tidak sihat dan keruntuhan moral antaranya kes rogol serta masalah seksual yang kebanyakannya melibatkan remaja Islam itu sendiri. Oleh itu, semua pihak perlu memandang perkara ini dengan serius dan memikirkan sesuatu yang terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Mungkin cadangan yang diutarakan oleh PKPIM itu adalah salah satu inisiatif yang baik dan wajar kita kaji, teliti serta kita timbangkan sebagai langkah intuk mengurangkan masalah ini. Oleh hal yang demikian, saya mengharapkan pihak-pihak yang terbabit agar dapat membuat penelitian dan kajian serta merujuk perkara ini kepada pihak tertentu bagi mendapat satu keputusan yang terbaik berlandaskan kepada Al-Quran dan As-sunnah demi kebaikan semua dan Islam.

Pada dasarnya Islam sendiri telah menggariskan kepada kita antara etika pemakaian yang sepatutnya terutamanya bagi wanita itu sendiri ianya tidak lain adalah untuk menjaga kesejahteraan umat dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Antaranya ialah kewajipan bagi muslimah untuk menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang telah disebutkan dalam Al - Quran

“Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [24.31]

Manakala pemakaian yang sopan bagi non-muslim juga perlu diambil kira. Lebih-lebih lagi, fitnah dunia yang paling besar sekali adalah wanita. Tidak salah jika kita duduk semeja berbincang bukan cuba untuk menyalahkan mana-mana piha seterusnya membuat penyelesaian yang lebih praktikal. Jadi sama– samalah kita jaga dan pelihara supaya segala apa yang kita lakukan ini mendapat keredhaan-Nya bukan kemurkaan-Nya.

Tuntasnya saya mengharapkan kepada semua pihak dan masyarakat untuk berfikir dan memuhasabah kembali serta mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengatasi masalah akhlak serta akidah Islamiah yang semakin dipandang enteng oleh seberapa golongan.

Selasa, 19 Februari 2008

Jaulah Sekitar Kaherah

Kepada mahasiswi yang ingin berjaulah di sekitar Kaherah. Unit Sambutan dan Rehlah HEWI BKPJM akan menganjurkan lawatan ini dan diantara tempat-tempat menarik yang akan dilawati ialah:

PIRAMID,KUBU SALEHUDDIN AL-AYUBI, MASJID EMPAT MAZHAB dan PANORAMA pada 23 Februari 2008 dengan harga LE 90 sahaja (termasuk makan).

Kepada sesiapa yang berminat (akhawat sahaja) boleh berdaftar kepada:
USTAZAH SITI UMAIRAH SAMSUDIN ditalian 016-1216786.

Tarikh tutup untuk pendaftaran ialah pada 22 Februari 2008.

Anda dikehendaki berkumpul di perkarangan rumah Johor pada pukul 8 pagi.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini yang datang hanya sekali sekala. Jadikan jaulah anda semua kali ini sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan selain mengambil ikhtibar daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku.

Isnin, 4 Februari 2008

Madrasah Imam Syafie Kembali Lagi!


Madrasah Imam Syafi'e kembali lagi selepas berakhirnya imtihan fasal awal.

Madrasah ini merupakan salah satu wasilah penyampaian ilmu selain daripada menghadiri kuliah dan kelas-kelas talaqi di masjid Al-Azhar.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghadiri majlis ilmu ini bagi menambah ilmu dan thaqafah.

Selasa, 29 Januari 2008

KELAP SIRI 2

Kem Latihan Penulis Siri 2 kembali dan bertempat di:

TEMPAT:DEWAN IBNU SINA,ASRAMA RUMAH JOHOR.
TARIKH:2-3 FEBRUARI 2008.

MASA:8 PAGI.
YURAN:LE 15 SAHAJA

"MENGHAMBAKAN SENI UNTUK ISLAM"

Isnin, 14 Januari 2008

IFTAR JAMAIE DAN SOLAT HAJAT

Kepada semua ahli bkpjm,anda dijemput untuk bersama-sama dalam program IFTAR JAMAIE dan SOLAT HAJAT yang akan diadakan di:

TEMPAT:DEWAN IBNU SINA RUMAH JOHOR
TARIKH:17/1/2008
MASA:SEBELUM MAGHRIB


"KESATUAN DIJANA UKHUWAH TERJALIN"

Rabu, 9 Januari 2008

Jom Ke Sinai!


Unit Sambutan dan Rehlah HEWI PMRAM membuka peluang kepada para mahasiswi untuk meneroka keindahan Allah di Lembah Tur Sina selepas musim peperiksaan.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati lawatan tempat-tempat yang menarik di Semenanjung Sinai. Antaranya, Wadi Arbain, Kubu Sallehuddin, Bukit Tursina (Jabal Musa), Uyun Musa dan bermacam-macam lagi.

Sila daftarkan nama anda melalui:
Unit Sambutan dan Rehlah BKPJM (Ustazah Siti Umairah Samsudin 2016 121 8786
).

Sebarang permasalahan sila berhubung terus dengan:
Pemangku Unit Sambutan dan Rehlah HEWI PMRAM (Ustazah Halimatussa'diah Mohd Pudzi) ditalian 016-1581957.

Tarikh tutup pendaftaran pada 15 JANUARI 2008

TARIKH EKSPEDISI :
29 - 31 Januari 2008 (Eksp I) dan 4-6 Februari 2008 (Eksp II)

YURAN :
LE265.00 sahaja.