Selasa, 19 Februari 2008

Jaulah Sekitar Kaherah

Kepada mahasiswi yang ingin berjaulah di sekitar Kaherah. Unit Sambutan dan Rehlah HEWI BKPJM akan menganjurkan lawatan ini dan diantara tempat-tempat menarik yang akan dilawati ialah:

PIRAMID,KUBU SALEHUDDIN AL-AYUBI, MASJID EMPAT MAZHAB dan PANORAMA pada 23 Februari 2008 dengan harga LE 90 sahaja (termasuk makan).

Kepada sesiapa yang berminat (akhawat sahaja) boleh berdaftar kepada:
USTAZAH SITI UMAIRAH SAMSUDIN ditalian 016-1216786.

Tarikh tutup untuk pendaftaran ialah pada 22 Februari 2008.

Anda dikehendaki berkumpul di perkarangan rumah Johor pada pukul 8 pagi.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini yang datang hanya sekali sekala. Jadikan jaulah anda semua kali ini sebagai pengalaman yang tidak dapat dilupakan selain mengambil ikhtibar daripada peristiwa-peristiwa yang telah berlaku.

Isnin, 4 Februari 2008

Madrasah Imam Syafie Kembali Lagi!


Madrasah Imam Syafi'e kembali lagi selepas berakhirnya imtihan fasal awal.

Madrasah ini merupakan salah satu wasilah penyampaian ilmu selain daripada menghadiri kuliah dan kelas-kelas talaqi di masjid Al-Azhar.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghadiri majlis ilmu ini bagi menambah ilmu dan thaqafah.