Isnin, 16 November 2009

Kenyataan Rasmi MANHAL PMRAM: Isu Pemakaian Niqab/Purdah

1. Permasalahan pemakaian niqab/purdah bagi wanita adalah merupakan perselisihan dalam perkara cabang (furu') di dalam perbahasan hukum.

Berikut adalah kesimpulan pandangan para fuqaha terhadap masalah pemakaian niqab/purdah:

Mazhab Hanafi : Wajah dan pergelangan tangan bukanlah aurat tetapi diharamkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatnya apabila disertai dengan syahwat.

Mazhab Maliki : Wajib bagi seorang wanita untuk menutup muka dan pergelangan tangan apabila berada bersama lelaki ajnabi

Mazhab Syafi`e : Tidak wajib menutup muka dan pergelangan tangan. Namun pandangan muktamad di sisi Mazhab Syafi`e adalah wajib menutup muka dan pergelangan tangan.

Mazhab Hambali: Wajib menutup muka dan pergelangan tangan.


2. Kenyataan Imam al-Akbar Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi yang telah disiarkan oleh media tempatan dan luar adalah tidak tepat dengan situasi sebenar bahkan telah diputarbelitkan.

3. Majlis Tertinggi al-Azhar al-Syarif yang bersidang pada 8/10/2009 telah membuat beberapa keputusan berkenaan isu pemakaian purdah seperti berikut:

  • Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif
  • Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar
  • Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan.
  • Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.
  • Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

4. Setelah meneliti dan mengkaji perkara di atas, Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan ( MANHAL ) PMRAM menegaskan beberapa perkara untuk diambil perhatian:

  • Memahami bahawa masalah khilaf tidak sepatutnya menjadi pertikaian dan perselisihan berdasarkan kaedah yang berbunyi:

" لاَ يُنْكَرُ الْمُخْتَلَفُ فِيْهِ ، وَإِنَّمَا يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عَلَيْهِ "

Yang bermaksud:

"Perkara yang berlaku khilaf tidak perlu untuk dipertikaikan sebaliknya perkara yang perlu untuk dipertikaikan adalah apabila perkara tersebut merupakan perkara yang disepakati oleh para ulama secara Ijmak."

Oleh itu, umat Islam dibolehkan untuk mengambil mana-mana pandangan para fuqaha.

  • Menghormati al-Azhar al-Syarif sebagai satu institusi keilmuan Islam yang diiktiraf sejak dulu hingga sekarang kerana bermanhaj dengan manhaj ilmu yang sederhana (wasatiah)
  • Bersangka baik dengan para ulama sekiranya timbul usaha untuk melaga-lagakan antara mereka dalam sesuatu isu serta merujuk terus kepada sumber yang boleh dipercayai
  • Tidak melupakan isu utama yang disepakati oleh ulama iaitu wajib menutup aurat disebabkan terlalu membesarkan masalah furu'.
  • Semua pihak perlu menghormati ketetapan yang diluluskan oleh al-Azhar al-Syarif dan membenarkan pemakaian niqab/purdah di premis-premis dan rumah-rumah negeri.

Kenyataan ini telah disepakati melalui perbincangan pihak felo MANHAL PMRAM seperti berikut:

1. Mohd Juzaili b. Juhan
2. Mohd Khairi b. Abdullah
3. Hairul Nizam b.Mat Husain
4. Mohd Fakerei b. Mahyudin

Jumaat, 11 September 2009

Ahad, 23 Ogos 2009

Portfolio bagi HEWI BKPJM sesi 2009-2010

KAHERAH, 23 Ogos 2009: Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Unit Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI), Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir:
Khairunnisaa Bt. Zulkarnain
Ketua HEWI

Umi Kalsum Bt. Mohamed Uyob
Timbalan Ketua HEWI
(Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah)

Masyitah Bt. Razali
Setiausaha

Mariyana bt. Din
Bendahari
(Ketua Unit Ekonomi)

Syarifah Masykurah Bt. Syed Mustafa Kamal
Ketua Unit Pengetahuan dan Bimbingan

Nur Aliaa Bt. Ahmad
Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan

Nor Atiqah Bt. Roslin
Ketua Unit Kebajikan dan Tabung Derma
(Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan)

Nurul Ainn Bt. Mistham
Ketua Unit Sambutan dan Rehlah

Nur Atiqah Najihah Bt. Ibrahim
Ketua Unit Perumahan
Jawatan Setiausaha HEWI dipangku oleh saudari Umi Kalsum binti Mohamed Uyob, sementara jawatan Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan dipangku oleh saudari Maryana binti Din, manakala jawatan Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan HEWI dipangku oleh saudari Nurul Ainn binti Mistham. Ini berikutan ketiadaan mereka yang memegang jawatan tersebut kerana berada di Malaysia. - aljauhar

Jumaat, 10 Julai 2009

Hari Perdana Siswi


Klik pada iklan untuk lebih jelas

Tentatif HPS

19 Julai 2009

01.30 pm - pendaftaran
02.00 pm - majlis perasmian
03.15 pm - pertandingan gurindam jiwa
04.30 pm - rehat dan solat asar
05.00 pm - pertandingan mengupas bawang
05.30 pm - pertandingan hiasan kek dan gubahan buah-buahan
07.00 pm - rehat dan solat maghrib
08.30 pm - pembentangan kertas kerja
10.00 pm - ikhtitam HEWI BKPJM
anugerah khas
penyampaian hadiah

*Pendaftaran LE5

Rabu, 25 Februari 2009

Ijtimak Perdana BKPJM 2009


KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN




Jumaat, 2 Januari 2009

Hadiah Buat Saudara-Saudari Kita


اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم

اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم

وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم

ياالله ياالله ياالله

اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب

ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه

وانصرنا عليهم



"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka."