بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
ورحمة الله وبركاته..
ان الحمد لله
نحمده و نستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده
الله فلا مضل له ومن يضلل فلن تجد له وليا مرشدا اشهد ان لا اله الا الله و اشهد
ان محمد رسول الله..أما بعد
Yang dimuliakan saudari pengerusi majlis, yang
berbahagia Timbalan Pengerusi Hewi
Persekutuan Melayu Repulik Arab Mesir (PMRAM) 2014 Ustazah Nurul Izati
Binti Rohani. Yang dikasihi sahabat pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam HEWI BKPJM
2014/2015 serta hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Selaut
kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT diatas segala nikmat yang dikurniakan.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW ,ahli keluarga baginda
serta para sahabat RA yang setia berkorban dalam menyokong risalah perjuangan
islam.
Alhamdulillah
HEWI BKPJM pada sesi ini meneruskan lagi pentadbiran dengan membawa tema baru
iaitu “Mahasiswi Rabbani Dan Berketrampilan” bagi mempertingkatkan pencapaian
demi pencapaian kearah yang lebih cemerlang.
Sidang hadirat sekalian,
Keberadaan kita dibumi anbia’ adalah terdorong
dari suatu kesedaran bahawa di bumi ini terdapat lubuk ilmu yang begitu tinggi
nilainya yang harus digali bersama.Bertitik tolak dari kesedaran tersebutlah
mengheret kita menimba ilmu di bumi al-azhar secara khususnya dan dari dada
tokoh-tokoh ilmuan serta professional yang berkilau bak mutiara dan tak pernah
jemu menyebarkan cahaya.
Bertemakan “Mahasiswi Rabbani Dan Berketrampilan”
besarlah harapan diperingkat hewi
menginginkan agar satu gelombang transformasi yang menitik beratkan tarbiah
dari sudut syakhsiah seterusnya melahirkan mahasiswi yang berketrampilan dari
pelbagai aspek dan kemahiran.
Di bawah tema HEWI BKPJM terdapat 4 subtopik :
1) Memupuk kefahaman islam yang sebenar
2) Meningkatkan thaqafah dan kemahiran mahasiswi
3) Melahirkan syakhsiah islamiah yang berkualiti
4) Mengukuhkan kesatuan mahasiswi bersama bkpjm
1) MEMUPUK
KEFAHAMAN ISLAM YANG SEBENAR
Dr.yusof
Qardhawi didalam kitabnya واجب الشباب المسلم اليوم telah mengariskan kewajipan yang mesti
dilaksanakan oleh setiap induvidu muslim ialah memahami islam فهم الإسلام dengan pemahaman yang sebenar. Sabda Rasulullah S.A.W :
"طلب العلم فريضة
على كل مسلم و مسلمة "
“Menuntut ilmu adalah diwajibkan ke atas individu muslim dan
muslimah”
Antaranya
ialah memahami islam dengan kefahaman yang sebenar, mengamalkannya, menyeru
kearahnya serta mengabungkan diri dalam gerakan islam. Seharusnya mahasiswi
islam juga perlu berusaha untuk menghayati ilmu yang dipelajari supaya dapat
menyampaikan islam sebenar berpandukan ثقافة الإسلامية yang dimiliki.
Penghayatan ilmu yang sebenar haruslah disemai dalam diri mahasiswi islam bagi
mencerna minda supaya benar-benar memahami konteks islam serta kewajipan
sebagai seorang muslim.
Dewasa kini,
dunia melihat umat islam dipengaruhi oleh pelbagai bentuk serangan pemikiran
dari segenap sudut kehidupan mereka. Maka dalam menongkah arus serangan
pemikiran yang mengalir deras ini, usaha ke arah memupuk kefahaman islam yang
sebenar dikalangan mahasiswi terutamanya adalah sangat wajar digiatkan.
Pendokong-pendokong
fahaman ideologi songsang seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme,
kapitalisme, nasionalisme, dan
sebagainya yang terus menyusur laju dalam menyampai dakyah mereka melalui
entiti yang pelbagai. Hal ini sangat penting demi menjaga keaslian manhaj
dakwah dan perjuangan islam yang diasaskan dari zaman rasulullah S.A.W, para
salafussoleh sehinggalah hari ini
Tanggungjawab
didalam memahami islam itu tidaklah hanya terpundak pada golongan pemuda sahaja. Bahkan, wanita
juga turut mempunyai tangungjawab yang sama. Malahan wanita merupakan agen yang paling
penting dalam mendidik masyarakat. Islam sangat menghormati dan menjulang
tinggi martabat seorang wanita sehinggalah Allah S.W.T menamakan salah satu
surah didalam al-quran dengan nama surah An-Nisa’ yang bermaksud wanita.
Justeru HEWI BKPJM memandang serius terhadap perkara ini
kerana kefahaman islam yang sebenar merupakan perkara tuntutan dalam sesebuah
gerakan atau kesatuan dengan kefahaman maka terlahirlah kesatuan. Antaranya
dengan memurnikan pemikiran mahasiswi
dan menjana kelangsungan generasi pelapis dalam setiap lapangan bagi
membuahkan kefahaman.
Bagi merealisasikan subtopik tersebut hewi BKPJM progresif
dalam menyusun beberapa medan antaranya dengan memperanankan muzakarah
berkelompok dan diskusi kitab-kitab yang terpilih.
2) MENINGKATKAN THAQAFAH DAN KEMAHIRAN MAHASISWI
Sidang hadhirat yang dirahmati,
Firman Allah SWT :
يرفع الله الذين
آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت والله بما تعملون خبير (11)
“Allah SWT akan mengangkat (darjat) orang-orang yang
beriman diantaramu, dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat, dan Allah
maha teliti apa yang kamu kerjakan.” (Surah Mujadillah : 11)
Pembangunan
akademik perlu dititikberatkan dalam dunia mahasiswa islam kearah melahirkan
golongan intelektual yang mampu menguasai setiap lapangan ilmu. Keperluan dan
tuntutan ini perlu diberi tumpuan agar konsep pembelajaran mahasiswi dirancang
serta disusun dengan baik. Menuntut ilmu merupakan kefardhuan umat islam.
Tanggungjawab ini tidaklah hanya digalas oleh sebahagian individu mahupun
sekelompok semata-mata malah ianya turut menjadi amanah oleh semua manusia.
Konsep pembelajaran yang teratur merupakan salah satu faktor utama penyumbang
kejayaan mahasiswi selain mengamalkan system PCR, iaitu teknik :
i- preview
ii-concentrate
iii-review
HEWI BKPJM
sangat optimis dalam memastikan kecemerlangan akademik seluruh mahasiswi johor.
Justeru itu pelbagai inisiatif telah direncanakan dengan menyusun study group
mengikut tahun, menyediakan kelas-kelas tutorial peringkat cawangan selain
mengalakkan mahasiswi agar mengikuti kelas-kelas tutorial di peringkat PMRAM
serta mengadakan program motivasi ke arah kecemerlangan akademik.
Sidang hadhirat yang dirahmati,
Keunggulan
mahasiswi islam bukan hanya dinilai dari perspektif kecemerlangan akademik
semata-mata malah penekanan kepada thaqafah dan kemahiran perlu di ambil
perhatian. Era globalisasi kini menuntut mahasiswi islam untuk mempertingkatkan
tahqafah dan kemahiran agar kredebiliti ini tidak dipandang sepi dan enteng
oleh sesetengah golongan. Justeru itu HEWI BKPJM telah mengambil inisiatif bagi
memanfaatkan kedua-dua elemen penting ini ke dalam gelanggang mahasiswi untuk
bergerak aktif.
Sabda nabi
muhammad SAW :
من اراد الدنيا
فعليه بالعلم ومن اراد الأخرة فعليه بالعلم و من ارادهما فهليه بالعلم
“Barang siapa yang mengkehendaki dunia maka keatasnya
dengan ilmu dan siapa yang mengkehendaki akhirat keatasnya juga dengan ilmu dan
sesiapa yang mengkehendaki kedua-duanya maka keatasnya dengan ilmu”.
Ilmu
teknologi maklumat, merupakan nilai tambah kepada mahasiswi islam sebagai
bekalan sebelum terjun ke medan masyarakat. Sejajar dengan itu seni dakwah
perlu diolah dalam pelbagai bentuk dan pembawakan memandangkan masyarakat kini
sudah celik dengan dunia globalisasi.
Selain dari
itu fiqh wanita dan ilmu dalam kemahiran vokasional seperti menjahit,
memasak,dekorasi dan sebagainya merupakan perkara yang perlu ada pada setiap
mahasiswi yang bakal melangkah ke peringkat seterusnya.
Justeru
peringkat HEWI BKPJM telah merancang beberapa aktiviti yang berbentuk kemahiran
seperti kelas-kelas vokasional,penjanaan thaqafah melalui raudah ilmu dan
pembentangan kertas kerja.
Sidang hadhirat yang dihormati, subtopik yang seterusnya
adalah,
3) MELAHIRKAN SYAKHSIAH ISLAMIAH YANG BERKUALITI
Hakikat keimanan bukanlah hanya diucap denga lidah
semata-mata. Tetapi ianya merupakan suatu hakikat yang meresap ke dalam akal,
mempengaruhi perasaan dan mengerakkan kemahuan, bahkan ianya merupakan
keyakinan hati yang dibuktikan
kebenarannya dengan amal perbuatan. Firman Allah maksudnya : “ sesungguhnya
orang-orang yang beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul
kemudian mereka tidak ragu-ragu serta mereka berjuang dengan harta benda mereka
pada jalan Allah, mereka itulah orang yang benar .”
BKPJM sentiasa menitik beratkan
syakhsiah islamiah dengan meperanankan tarbiah mahasiswi khususnya melalui
medium yang disediakan. Setiap medium akan diterapkan dengan nilai-nilai
tarbiah melalui program-program ataupun aktiviti yang dilaksanakan.
Syakhsiah islamiah yang juga merangkumi Akhlak islamiah mempunyai pertautan
yang erat dengan akhlak al-insaniah al-asasiah
malah akhlak inilah yang merupakan pelengkap bagi akhlak al-asasiah dan
juga penyempurna. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
انما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Keistimewaaan yang ada pada akhlak islamiah :
Akhlak
islamiah meletakkan akhlak asasi manusia pada paksi dan fungsinya yang sebenar.
Akhlah asasi manusia boleh diarahkan kepada mana-mana arah sama ada yang baik
atau sebaliknya secara serentak. Akhlak islamiah merupakan pemandu bagi akhlak
asasiah kepada kedudukan yang benar dan lurus.
Ianya boleh diumpamakan sebagai pedang yang
tajam yang dijadikan alat oleh perompak untuk melakukan kezaliman tanpa belas
kasihan apabila berada ditangannya akan tetapi ianya merupakan alatan yang baik
bahkan menjadikan suatu yang hak sekiranya pedang itu berada ditangan seorang
mujahid yang brjuang dijalan Allah.
Oleh
yang demikian akhlak tidak boleh dihukum baik dan bagusnya berdasarkan wujudnya
akhlak tersebut disisi seseorang ataupun kumpulan tertentu, tetapi baik dan
bagusnya adalah berdasarkan ke arah mana akhlak tersebut digunakan.
Justeru
apabila semua ajaran di dalam islam dilaksanakan dengan sebaiknya, maka akan
lahirlah syakhsiah dan masyarakat yang
menjayakan islam dalam kehidupannya .
Sehubungan
dengan itu, HEWI BKPJM sangat optimis dalam usaha melahirkan syakhsiah islamiah
yang berkualiti dengan menyusun beberapa program dan tindakan yang berpandukan wasilah tarbiah antaranya
mukhayyam,katibah,nadwah dan mengadakan kempen gempur syakhsiah.
Sidang
hadhirat untuk subtopik yang terakhir,
4) MENGUKUHKAN KESATUAN MAHASISWI BERSAMA BKPJM
Kesatuan adalah tonggak kekuatan sesebuah organisasi dan ia
dapat direalisasi melalui senergi ukhuwah yang padu dan utuh. Firman Allah SWT
ada menyebut didalam ayatnya yang bermaksud :
“ Dan
berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah SWT dan janganlah kamu
berpecah-belah. Dan ingatlah nikmat yang Allah kurniakan kepada kamu ketika
kamu bermusuhan, maka Allah menyatukan hati-hati kamu dan jadilah kamu dengan
nikmatnya bersaudara.”
Definisi
kesatuan melalui ukhuwah yang dikarang didalam risalah ta’alim ialah merupakan
satu ikatan hati dan jiwa yang ditautkan dengan akidah islamiah.
Sahabat
seakidah sekalian,
BKPJM telah bertapak hampir empat dekad, ini bermakna
keberadaaan BKPJM ini adalah hasil dari keutuhan ukhuwah sahabat seakidah dari
dahulu hingga kini. Bahkan BKPJM masih lagi terus utuh dengan adanya sokongan
daripada ahli.
Pengukuhan dalam kesatuan amat dititik beratkan malahan Syed Mustafa Masyhur juga berkata didalam
kitab karangannya (qaiedul qudwah a’la thoriq dakwah) “ kekuatan yang utama
adalah kekuatan dalam kesatuan”
Justeru pelbagai langkah perlu diambil bagi mengukuhkan
ukhuwah dikalangan ahli. Selain itu juga semua pihak perlu memainkan peranan
penting dan bertindak dengan kreatif dalam mempelbagaikan,memperkasakan dan
memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti berkonsepkan ukhuwah seperti PERMATA
, Muslimah Ghathering dan riadah fatayat bagi memantapkan interaksi dan
komunikasi sesama kita.
Hati yang diikat dengan ukhuwah mampu melahirkan rasa kasih
dan sayang sesama kita seterusnya melahirkan gagasan generasi yang memberi
pengorbanan yang lebih tinggi dan akan membuahkan kesatuan hati, fikrah dan
amal sesama kita.
“ukhuwah
merupakan saudara bagi iman dan perpecahan adalah saudara bagi kekufuran ”
Akhir kata
“Mahasiswi Rabbani Dan Berketrampilan”.
“BKPJM
Keluarga Kita”
Sekian
terima kasih.
أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته...