Selasa, 24 April 2007

SALAM IMTIHAN

assalammualaikum..

sahabat sahabiat yang dirahmati Allah..alhamdulillah, dalam tak sedar HEWI telah pun melaksanakan antara agenda tahunan bagi setiap unit.

Baru-baru ni Hewi bersama ahli telah sama-sama berjaya menjayakan PERMATA yang seperti biasa diadakan pada setiap minggu. Pada 12 april yang lepas, program tersebut telah diadakan dirumah sewa QARS SAADAH dan pada 19 April, diadakan di rumah madam RENNI MISKAN. Alhamdulillah, program yasinan yang telah diadakan pada setiap minggu ini mendapat kerjasama yang terbaik daripada ahli Hewi BKPJM khususnya di Kaherah.

Jaulah ke makam Auliya' juga dapat dijalankan dibawah kerjasama Unit Sambutan dan Rehlah pada 21 april yang lepas. Sebanyak 2 buah tremco telah memuatkan seramai 28 ahli yang mengikuti jaulah tersebut. Kami menziarahi beberapa buah makam dan selamat tiba dirumah Johor tepat menjelang waktu zohor.

Sebagai makluman buat kawan- kawan semua, InsyaAllah pada minggu ini, permata akan diadakan di rumah Along Fatimah Az-zahra'. Datanglah beramai- ramai bukan kerana melaksanakan agenda tahunan yang dianjurkan oleh HEWI tetapi sebagai satu wasilah bagi kita semua untuk meribat ukhuwah yang telah sedia terbina.

Salam imtihan buat semua, bittaufiq wannajah. Akhirkalam, hadirkan nama -nama sahabat didalam doa kalian. Moge Allah perkenankan. Amin YA RAB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan