Kepada,
SELURUH AHLI,
Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir.
Assalamualaikum.
LAWATAN RASMI ROMBONGAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR.
1. Untuk makluman seluruh ahli BKPJM, pihak Majlis Agama Islam Johor akan hadir pada 4hb Mei 2007 ini. Sehubungan dengan itu, pihak MAIJ dengan kerjasama pimpinan BKPJM akan mengadakan MAJLIS RAMAH MESRA sepertimana maklumat berikut:
MAJLIS RAMAH MESRA DI RUMAH JOHOR
TARIKH : 9 Mei 2007 (TERTAKLUK PADA PERUBAHAN)
MASA : 7.00 malam
TEMPAT : ASRAMA PELAJAR JOHOR, Hayyu Thamin, Madinat Nasr.
MAJLIS RAMAH MESRA KEDUA
TARIKH : 7 Mei 2007 (TERTAKLUK PADA PERUBAHAN)
MASA : Selepas solat asar
TEMPAT : ASRAMA PELAJAR SISWI JOHOR, Iskandariyah.
2. Bagi penerima zakat Johor 2007 pengambilan cek bagi zakat akan dimaklumkan kemudian. Sila ambil perhatian kepada penerima-penerima zakat tahun 2007.
3. Segala maklumat lanjut sila hubungi YDP atau TYDP atau Setiausaha BKPJM.
Sekian, untuk makluman.
"KEBAJIKAN DAN PERPADUAN"
"GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN"
Yang menjalankan tugas,
MUHD HAIRI BIN HAMZAH
Yang DiPertua BKPJM 2007/2008
Khamis, 26 April 2007
MAKLUMAN TERBARU: LAWATAN MAIJ DAN PENERIMAAN ZAKAT
Selasa, 24 April 2007
SALAM IMTIHAN
SALAM IMTIHAN
assalammualaikum..
sahabat sahabiat yang dirahmati Allah..alhamdulillah, dalam tak sedar HEWI telah pun melaksanakan antara agenda tahunan bagi setiap unit.
Baru-baru ni Hewi bersama ahli telah sama-sama berjaya menjayakan PERMATA yang seperti biasa diadakan pada setiap minggu. Pada 12 april yang lepas, program tersebut telah diadakan dirumah sewa QARS SAADAH dan pada 19 April, diadakan di rumah madam RENNI MISKAN. Alhamdulillah, program yasinan yang telah diadakan pada setiap minggu ini mendapat kerjasama yang terbaik daripada ahli Hewi BKPJM khususnya di Kaherah.
Jaulah ke makam Auliya' juga dapat dijalankan dibawah kerjasama Unit Sambutan dan Rehlah pada 21 april yang lepas. Sebanyak 2 buah tremco telah memuatkan seramai 28 ahli yang mengikuti jaulah tersebut. Kami menziarahi beberapa buah makam dan selamat tiba dirumah Johor tepat menjelang waktu zohor.
Sebagai makluman buat kawan- kawan semua, InsyaAllah pada minggu ini, permata akan diadakan di rumah Along Fatimah Az-zahra'. Datanglah beramai- ramai bukan kerana melaksanakan agenda tahunan yang dianjurkan oleh HEWI tetapi sebagai satu wasilah bagi kita semua untuk meribat ukhuwah yang telah sedia terbina.
Salam imtihan buat semua, bittaufiq wannajah. Akhirkalam, hadirkan nama -nama sahabat didalam doa kalian. Moge Allah perkenankan. Amin YA RAB.
Rabu, 4 April 2007
PROGRAM MINGGU INI
Wanita...
adalah mata kaum wanita.
6.Jangan menyalahkan perasaan isteri andakerana perasaannya yang terbaik ialah ketika iamenerima anda sebagai suami.
7.Perawan tua ialah wanita yang kehilangankesempatan menyusahkan seorang lelaki.
8.Yang diinginkan seorang gadis dari dunia inihanyalah seorang suami, dan apabila ia sudahmemperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
9.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatansuaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.
10.Kecantikan wanita tidak bererti apa-apadibandingkan dengan kemuliaan akhlak danperilakunya.
11.Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapandan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.
12.Barangsiapa mengawini wanita keranahartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
14.Wanita lebih cepat daripada lelaki dalammenangis dan dalam mengingatkan peristiwa yangmenyebabkan dia menangis.
15.Wanita tertawa bila ia mampu dan menangisapabila ia menginginkan sesuatu.
16.Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika iatidak mampu menjadikan suaminya teman yangtermulia.
17.Wanita sangat berlebihan dalam mencintai danmembenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
18.Wanita selalu tergolong manusia halus danlembut sampai saat dia berkhawin.
19.Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagiatanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
20.Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
21.Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
22.Seorang wanita yang bijaksana menambahkangula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengasuaminya, dan mengurangi garam pada ucapansuaminya.
23.Cincin perkhawinan adalah cincin termahal didunia, sebab mengharuskan pemberinyamengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
24.Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangatcantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangatlemah bila berhadapan dengan kecantikan.
25.Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialahjantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
26.Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semualelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorangsuami.
27.Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicaradan perempuan mendengarkan. Pada saatperkhawinan, perempuan berbicara dan pengantinlelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suamidan isteri banyak berbicara dan para jiran tetanggamendengarkan.
28.Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapunwanita yang cemburu berlebihan mempunyai tigamata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiridan yang ketiga diarahkan kepada suami.
29.Wanita pada umumnya takut akan tiga hal tikus,munculnya uban dan wanita-wanita cantik yangmenjadi saingannya.
30.Isteri yang bersikap jujur dan setia kepadasuami meringankan setengah beban kehidupansuaminya.
31.Seorang wanita menghadapi kesulitan apabilaia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yangmencintainya.
PERMATA ANTARA KACA
Permata..Antara Kaca..
Lihatlah panorama dunia
wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga
Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Satu tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli
Oh wanita...mari menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada rasulnya
Pasti dihadirkan taufiq dan hidayahnya
Wanita...
Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi ummul mu'minin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerana keluhuran pekerti
Bukan kerana harta
Bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...
Wanita perhiasan dunia
Bagai kilauan permata antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Bagai tiada lagi beza di antaranya...