Rabu, 4 April 2007

PERMATA ANTARA KACA

Permata..Antara Kaca..

Lihatlah panorama dunia
wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga

Di manakah budinya di manakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Satu tiada lagi nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Oh wanita...mari menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadanya juga pada rasulnya
Pasti dihadirkan taufiq dan hidayahnya
Wanita...

Kembalilah ke arah kemuliaan
Contohi peribadi ummul mu'minin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerana keluhuran pekerti
Bukan kerana harta
Bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjungi
Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilauan permata antara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Bagai tiada lagi beza di antaranya...

p/s : wanita perhiasan dunia..
sebaik-baik perhiasan..
adalah wanita solehah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan