Selasa, 3 Julai 2007

Asean Culture Berjaya!

AHAD, 1 JULAI 2007
Nadi Syabab, Hayyu Asyir

Setelah beberapa bulan merancang, akhirnya ASEAN’s CULTURE berjaya menempa sejarahnya tersendiri hasil paduan tenaga dan kerjasama tiga buah negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura yang mewakili WIHDAH-PPMI, HEWI PMRAM dan HEWI PERKEMAS.

ImagePendaftaran dibuka seawal jam 8.00 pagi. Walaupun pada mulanya kehadiran peserta dari negara masing-masing kurang menggalakkan, namun tidak mematahkan semangat panitia yang terlah bertungkus lumus dengan baik sekali.

Program gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh wakil kedutaan Indonesia. Beliau menyatakan bahawa program seperti ini perlu diteruskan untuk masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan antara negara-negara ASEAN.
Image
Seterusnya, pada jam 9.15 pagi, senaman aerobik telah diadakan dan diteruskan lagi dengan aksi dari Indonesia yang memukau seluruh peserta. Acara diteruskan lagi dengan sukaneka seperti bawa bola dalam sudu, tarik tali, larian baton, scrable, catur, makan roti ‘isy, lari ikat kaki, lumba lari dalam kain sarung dan yang paling meriah ialah bola tangan. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh peserta dari Malaysia!

Bazar ASEAN juga telah diadakan kedua-dua hari dan menyajikan pelbagai aneka juadah yang istimewa dari pelbagai negara.

Semua acara berakhir pada jam 2.00 petang

ISNIN, 2 JULAI 2007
Dewan Haflah Kubra, Fakulti Perubatan, Universiti Al-Azhar

Pada jam 8.30 pagi, semua peserta dan tetamu hadir. Walaupun majlis dimulakan agak lewat, namun majlis penutup mendapat sambutan yang begitu memberansangkan. Tentatif dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh wakil dari Singapura dan diterjemahkan oleh wakil dari Malaysia.

Seterusnya ucapan dari ketua wakil setiap negara iaitu, Latifah Hariawati dari Indonesia, Fatimah Salwani Abdullah dari Malaysia dan Nurul ‘Izzah dari Singapura. Rata-rata mereka menyatakan rasa gembira kerana dapat bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dari ASEAN’S CULTURE ini.

Majlis turut diisi dengan forum yang bertajuk, “Muslimah dan Cabaran Globalisasi”. Antara pengisi forum tersebut ialah, Ustazah Wirdah Fachirah dari Indonesia, Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman dari Singapura dan Ustazah Raden Seri Nabahah dari Malaysia. Forum yang diselang seli dengan slide show tentang masyarakat Islam di negara masing-masing mendapat perhatian penonton. Antara kupasan yang telah dibentangkan ialah cabaran yang dihadapi oleh muslimah setiap negara dan cara menghadapinya. Sesi soal jawab dihadkan kepada tiga orang kerana kesempitan masa.


ImageSebelum persembahan kebudayaan dimulakan, semua peserta yang memeriahkan acara padang pada hari semalam mendapat hadiah masing-masing.

Setelah rehat dan solat selama 15 minit, acara yang ditunggu pun bermula. Antara persembahan kebudayaan yang ditonjolkan ialah, nasyid, tarian padang, pantun, tarian Acheh dan sebagainya. Walaupun sedikit masalah teknikal berlaku, namun, peserta yang mewakili Malaysia dalam pantun dan persembahan nasyid yang didatangkan khas dari Mansurah mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Program yang berakhir pada jam 4.00 petang ini menggamit pelbagai kenangan daripada semua peserta Malaysia, Indonesia dan Singapura. Tiga negara, satu rumpun, satu akidah dan satu cita-cita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan