Ahad, 3 Mac 2013

3 MAC TITIK HITAM BAGI UMAT ISLAM


Hari ini bertarikh 3 Mac 2013. Siapa yang tidak tahu peristiwa yang berlaku pada tarikh ini..? Ianya bukanlah  satu peristiwa manis, tetapi merupakan peristiwa gelap, titik hitam yang pastinya tidak dapat dilupakan umat Islam sehingga kini.

Sekiranya kita turun kepada masyarakat dan bertanyakan mengenai tarikh keramat ini, rata-rata dikalangan mereka tidak mengetahui. Sedang, budaya barat mudah untuk mereka dipengaruhi seperti Gangnam style dan Harlem Shake. Padahal  3 Mac ini merupakan sejarah Islam , sejarah Umat Islam dan bukanlah seperti sejarah khayalan jahiliyah yang kita belajar sebelum ini.

Bagaimana perasaan Rasulullah SAW apabila melihat umatnya sedemikian rupa, semakin alpa dengan hakikat diciptakan, semakin lupa akan kekerdilan diri di hadapan Allah Azza Wajalla. 3 Mac 1924 tidak harus dilupakan kerana ia merupakan titik hitam bagi umat Islam dan tarikh inilah, jatuhnya Khilafah Islamiah yang gah di Turki dan selepas itu hilanglah perisai buat Umat Islam. Layakkah kita yang bergelar muslim ini tidak mengetahui peristiwa bersejarah ini?


Dahulunya, Khilafah Islamiah ini sangat digeruni  setiap benua, di pelusuk  dunia  akan kegemilangan Islam itu sendiri. Khilafah Islamiah ini terhasil atas kesinambungan kejayaan pembinaan Daulah Islamiah oleh Rasulullah SAW. Khalifah yang terakhir iaitu Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki subuh 3 Mac 1924 hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh Laknatullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir barat.

Banyak faktor  yang menyebabkan kemunduran  Khilafah Islamiah pada waktu itu. Antaranya adalah, konspirasi Negara-negara  kafir imperialis, pengkhianatan penjawat tinggi agama Negara, adanya idea-idea rosak (nasionalisme, pariotisme, demokrasi dan HAM) yang meracuni pemikiran kaum muda di Turki dan wilayah khilafah lainnya, terhentinya ijtihad, kejayaan memasukkan undang-undang barat dalam kontitusi Negara Khilafah ini. Juga, keberjayaan menghancurkan aqidah Islam melalui serangan misionaris Kristen (mubaligh yang berjuang memurtadkan orang-orang Islam).

Apa yang perlu kita tahu, bahawa faktor utama kejatuhan Khilafah ini adalah disebabkan serangan dalaman berbanding luaran. Tidak bermakna serangan luaran tidak kuat akan tetapi serangan dalaman inilah merupakan duri dari segala kesakitan, racun dalam makanan. Terdapat tiga unsur yang membuatkan kemenangan buat Islam gilang-gemilang suatu ketika dahulu iaitu:

-                                 -       Unsur kekuatan iman dan aqidah
2                         -      Unsur kekuatan ukhuwah
3                         -      Unsur kekuatan kepimpinan dan senjata

Sudah 89 tahun, kita masih tidak mampu mencapai Daulah Islamiah ini, apatah lagi Khilafah Islamiah. 89 tahun bukanlah tempoh yang sedikit, tapi terlalu lama. Kita sama-sama koreksi ketiga-tiga unsur kekuatan Islam bagi umat Islam ketika dahulu kepada zaman kini. Apakah umat Islam kini sekuat umat Islam pada zaman Rasulullah dan para sahabat?

Pertama, apakah masyarakat Islam kini kuat dari segi iman dan aqidah, yang mempertahankan hukum-hakam agama Allah dan melaksanakannya? .  Dan bukan hanya sekadar menjadikan hukum-hakam Allah Taala itu sebagai tulisan-tulisan yang menjadi rujukan semata.

Bagaimana pula dengan kekuatan ukhuwah di antara umat Islam?. Apakah ukhuwah yang dilaksanakan masyarakat atas dasar aqidah? Atau atas kebendaan seseorang dan sebagainya? Sedang ukhuwah yang dimaksudkan As-Syahid Imam Hasan Al-Bana ialah keterikatan persaudaraan sesama saudara Islam berdasarkan aqidah.

Hari ini, kita melihat Islam dihina dan ditolak oleh Umat Islam sendiri. Secara tidak langsung, ia membantu yahudi dan kaum kuffar meneruskan misi mereka, sedang Umat Islam lena tidur di atas katil yang terlalu empuk. Sedar atau tidak, perkara-perkara seperti ini merupakan faktor lambatnya pembinaan Daulah Islamiah.

 Tiada gunanya jika kita melalui tarikh 3 Mac ini saban tahun dengan melaknat Atartuk, membenci kaum kuffar, merungut akan kekuatan jahiliyyah dan menangis hiba, tanpa menggerakkan lisan,  tangan dan langkah untuk membina perancangan. Perancangan bagi mengembalikan semula Khilafah Islamiah ini dan menjadikan agama Islam agama yang gemilang yang diletakkan di tempat yang paling tinggi. Ayuh jiwa-jiwa muda, harapan agama , berusahalah dalam menggerakkan dan membuat perubahan bagi membantu Islam dan bukan menyusahkan kebangkitan Islam.

Wallahua'lam.

Nur Fatinatul Ezzah binti Tajudin.
Timbalan Ketua HEWI,
 (Lajnah  Penerangan dan Penerbitan ) HEWI,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) 12/13.