Hari ini bertarikh 3 Mac 2013. Siapa yang tidak tahu
peristiwa yang berlaku pada tarikh ini..? Ianya bukanlah satu peristiwa manis, tetapi merupakan peristiwa
gelap, titik hitam yang pastinya tidak dapat dilupakan umat Islam sehingga kini.
Sekiranya kita turun kepada masyarakat dan bertanyakan
mengenai tarikh keramat ini, rata-rata dikalangan mereka tidak mengetahui.
Sedang, budaya barat mudah untuk mereka dipengaruhi seperti Gangnam style dan
Harlem Shake. Padahal 3 Mac ini
merupakan sejarah Islam , sejarah Umat Islam dan bukanlah seperti sejarah
khayalan jahiliyah yang kita belajar sebelum ini.
Bagaimana perasaan Rasulullah SAW apabila melihat umatnya
sedemikian rupa, semakin alpa dengan hakikat diciptakan, semakin lupa akan
kekerdilan diri di hadapan Allah Azza Wajalla. 3 Mac 1924 tidak harus dilupakan
kerana ia merupakan titik hitam bagi umat Islam dan tarikh inilah, jatuhnya
Khilafah Islamiah yang gah di Turki dan selepas itu hilanglah perisai buat Umat
Islam. Layakkah kita yang bergelar muslim ini tidak mengetahui peristiwa
bersejarah ini?
Dahulunya, Khilafah Islamiah ini sangat digeruni setiap benua, di pelusuk dunia akan kegemilangan Islam itu sendiri. Khilafah
Islamiah ini terhasil atas kesinambungan kejayaan pembinaan Daulah Islamiah
oleh Rasulullah SAW. Khalifah yang terakhir iaitu Sultan Abdul Majid telah
diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki subuh 3 Mac 1924
hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh Laknatullah
Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir barat.
Banyak faktor yang
menyebabkan kemunduran Khilafah Islamiah
pada waktu itu. Antaranya adalah, konspirasi Negara-negara kafir imperialis, pengkhianatan penjawat
tinggi agama Negara, adanya idea-idea rosak (nasionalisme, pariotisme,
demokrasi dan HAM) yang meracuni pemikiran kaum muda di Turki dan wilayah
khilafah lainnya, terhentinya ijtihad, kejayaan memasukkan undang-undang barat
dalam kontitusi Negara Khilafah ini. Juga, keberjayaan menghancurkan aqidah
Islam melalui serangan misionaris Kristen (mubaligh yang berjuang memurtadkan
orang-orang Islam).
Apa yang perlu kita tahu, bahawa faktor utama kejatuhan
Khilafah ini adalah disebabkan serangan dalaman berbanding luaran. Tidak
bermakna serangan luaran tidak kuat akan tetapi serangan dalaman inilah
merupakan duri dari segala kesakitan, racun dalam makanan. Terdapat tiga unsur
yang membuatkan kemenangan buat Islam gilang-gemilang suatu ketika dahulu
iaitu:
- - Unsur kekuatan iman dan aqidah
2 -
Unsur kekuatan ukhuwah
3 -
Unsur kekuatan kepimpinan dan senjata
Sudah 89 tahun, kita masih tidak mampu mencapai Daulah
Islamiah ini, apatah lagi Khilafah Islamiah. 89 tahun bukanlah tempoh yang sedikit, tapi terlalu lama. Kita sama-sama koreksi ketiga-tiga unsur
kekuatan Islam bagi umat Islam ketika dahulu kepada zaman kini. Apakah umat Islam
kini sekuat umat Islam pada zaman Rasulullah dan para sahabat?
Pertama, apakah masyarakat
Islam kini kuat dari segi iman dan aqidah, yang mempertahankan hukum-hakam agama
Allah dan melaksanakannya? . Dan bukan
hanya sekadar menjadikan hukum-hakam Allah Taala itu sebagai tulisan-tulisan
yang menjadi rujukan semata.
Bagaimana pula dengan kekuatan ukhuwah di antara umat Islam?.
Apakah ukhuwah yang dilaksanakan masyarakat atas dasar aqidah? Atau atas
kebendaan seseorang dan sebagainya? Sedang ukhuwah yang dimaksudkan As-Syahid
Imam Hasan Al-Bana ialah keterikatan persaudaraan sesama saudara Islam
berdasarkan aqidah.
Hari ini, kita melihat Islam dihina dan ditolak oleh Umat
Islam sendiri. Secara tidak langsung, ia membantu yahudi dan kaum kuffar
meneruskan misi mereka, sedang Umat Islam lena tidur di atas katil yang terlalu
empuk. Sedar atau tidak, perkara-perkara seperti ini merupakan faktor lambatnya
pembinaan Daulah Islamiah.
Wallahua'lam.
Nur
Fatinatul Ezzah binti Tajudin.
Timbalan
Ketua HEWI,
(Lajnah Penerangan dan Penerbitan ) HEWI,
Badan
Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir (BKPJM) 12/13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan