BAHNASA, 12 APRIL 2015- Unit Sambutan dan Rehlah Hal
Ehwal Wanita Islam (HEWI) Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir 2014/2015
telah menganjurkan program Ziarah Auliya Bahnasa bagi peringkat akhwat.
Jaulah ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah antara anak-anak Johor dengan
taakhi Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) Zon C .Selain itu,dapat
mendekatkan diri kepada Allah melalui sistem tawasul dengan para auliya’ dan
syuhada’.
Pada jam 5.30 pagi, para peserta telah berkumpul di Asrama
Pelajar Johor Rabaah sebelum bertolak ke Bahnasa. Seramai 38 orang peserta
telah terlibat dalam jaulah ini termasuklah BKAN taakhi Perlis dan Kedah serta sepasang mutazawwijin.
Acara dalam bas dimulai dengan bacaan doa oleh Saudara Mohd Noor Shazmi Bin
Kamari untuk memberkati lagi perjalanan. Perjalanan ini mengambil masa lebih
kurang 4 jam untuk sampai ke bumi Bahnasa dan kami telah tiba di Bahnasa pada
jam 9.05 pagi.
Sebelum memulakan ziarah,para peserta telah mendengar
taklimat dan penerangan tentang Bahnasa oleh Saudara Usamah Bin Aris selaku
ketua musyrif ziarah ini. Penerangan ini telah dibantu oleh Saudara Jabbar
iaitu pengawal di Bahnasa. Antara maqam yang telah diziarahi adalah maqam Saidi
Ali Jummam, maqam Saidi Jaafar dan Ali Bin Akil Bin Abi Talib, pokok Saidah
Maryam iaitu tempat Maryam, ibu Nabi Isa A.S. berehat ketika melahirkan Nabi
Isa A.S.
Pada jam 12.30 tengah hari, peserta jaulah telah
berkumpul di Masjid Bahnasa untuk menunaikan solat jama’ dan makan tengahari. Kemudian
jaulah diteruskan lagi ke Bahru Yusufi dan ke maqam Sab’u Banat. Pada jam 2.30
petang, kami para peserta telah bertolak pulang ke Kaherah. Ziarah kami telah
diakhiri dengan kalam penutup oleh Saudara Usama bin Aris dan bacaan doa. Kami
selamat tiba di Kaherah pada jam 6 petang.
Semoga jaulah kali ini, mendekatkan diri kepada Allah
serta dapat memberi kekuatan dan semangat sebelum menghadapi peperiksaan tidak
lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan