GIZA, 8 Ogos 2015 - Unit
Sambutan dan Rehlah HEWI BKPJM dengan kerjasama Unit Kebajikan dan Kemanusiaan
HEWI BKPJM 2014/2015 telah menganjurkan program Permata dan Jaulah Aidilfitri di
kediaman Utazah Nurhyda binti Runah yang bersempena dengan bulan Syawal. Jaulah
yang telah disertai seramai 21 orang akhawat dan 2 orang musyrif. Objektif
utama mengadakan jaulah untuk menyatukan ukhwah islamiyyah antara mahasiswi
johor dengan anak-anak Johor yang tinggal di perlembahan Nil.
Destinasi pertama jaulah, para peserta
telah ke rumah Ustazah NurHyda Binti Runah yang merupakan anak Johor yang
menetap di Giza. Program dimulakan dengan bacaan marhaban, sedikit ucapan dari
tuan rumah sebelum adik beradik BKPJM
saling berkenalan dengan tuan rumah dengan lebih mendalam disamping juadah
makan turut dihidangkan.
Selepas itu, jaulah diteruskan lagi ke Arabia
Mall yang merupakan salah satu tempat terbesar untuk membeli belah yang
terdapat di Bandar Giza. Di situ, para peserta mendirikan solat zohor dan
diberi masa untuk membeli belah.
Pada jam 2.45 petang, kami mula berkumpul
dan bergerak ke Sungai Nil. Peserta jaulah kali ini diberi kesempatan untuk
menaiki bot dan menghirup udara segar. Hampir 1 jam para peserta berada di atas
bot sambil menjamu selera.
Selepas itu, peserta bertolak pulang ke Kaherah dan selamat tiba di
Asrama Pelajar Johor Rabaah pada jam 5.15 petang.
Semoga jaulah kali ini dapat
menguatkan lagi ikatan ukhwah yang sudah terjalin dan menjadikan jaulah ini
sebagai medan untuk mengeratkan silaturrahim dalam masa yang sama dapat
merealisasikan slogan “BKPJM KELUARGA KITA”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan