JIHAD
EKONOMI PERLU DIPERJUANG
Mafhum daripada ayat ini adalah Allah
memerintahkan bagi setiap hambaNya untuk berjihad di jalanNya untuk menentang
musuh yang nyata atau tidak seperti kaum musyrikin, syaitan atau memerangi hawa
nafsu dan dengan jihad yang sesungguhnya
melalui pelbagai cara dan kemampuan seseorang.
Pengertian jihad ialah memerangi golongan
kufar yang tidak mempunyai perjanjian damai dengan orang muslimin ( harbi :
yang memerangi muslim) untuk meninggikan kalimah Allah swt.
Jihad dapat diklasifikasikan kepada tiga
bahagian iaitu berjihad memerangi musuh yang nyata iaitu kaum musyrikin,
syaitan dan hawa nafsu. Ketiga – tiga bahagian ini termasuk di dalam maksud
firman Allah swt di dalam surah Al-Hajj ayat ke 78.
Imam ibnu Taimiyyah berpendapat bahawa
jihad mempunyai skop yang luas antaranya
jihad dengan hati iaitu berazam untuk melaksanakan atau berdakwah kepada islam,
atau menegakkan hujjah dan kebenaran atas kebatilan, atau menyatakan hak dan
menghilangkan keraguan, atau dengan cara memerangi kaum kuffar di medan jihad
yang sebenar. Maka wajib berjihad dengan pelbagai cara mengikut kemampuan
seseorang.
Jika kita melihat dari skop pandang zaman
Rasulullah lebih menekankan jihad zahiriah dengan memerangi kaum musyrikin yang
di medan perang manakala bagi zaman
sekarang kita lebih cenderung untuk menggunakan jihad yang bersifat
maknawi melalui perang saraf.
Melihat kepada waqie ummat islam yang berada di seluruh dunia yang ditindas
lebih- lebih lagi yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin oleh
Israel, maka sedikit sebanyak kita dapat menyumbang melalui jihad ekonomi yang
dikenali sebagai boikot dan pemulauan barang dari Israel dan syarikat- syarikat
yang menyumbang terhadap ekonomi Israel.
Malah jika kita soroti sirah Nabi saw kita
akan mendapati Nabi saw mengarahkan umat Islam membina pasar raya sendiri bagi
meninggalkan pasar raya Qainuqa' yang dimonopoli oleh yahudi ketika itu.
Hukum asal harus,bagi urusan jual beli, guna
khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL, NOKIA dan
lain-lain produk walaupun berasal dari Yahudi atau non-muslim selagi mana :-
a) Produk mereka disahkan bersih dan halal oleh
JAKIM ( di Malaysia) serta tempoh lessen masih hidup
b) Cara transaksi dan urusniaga yang dilakukan
bertepatan dengan syariat Islam
c) Tiada sebarang perintah oleh kerajaan berwajib
untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahah untuk kebaikan umat Islam
d) Tiada sebarang bukti jelas dan bertulis dan
penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepda
serangan ke atas Islam yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah
seorang individu dalam syarikat sahaja
Namun fatwa terbaru yang telah dikeluarkan
oleh Dr. Yusuf Qardhawi telah menyatakan bahawa haram membeli barangan yang
menyumbang kepada ekonomi Israel samada barangan Israel atau syarikat- syarikat
yang menyumbang kepada ekonomi Israel seperti Starbuck, McDonald, Intel dan
sebagainya.
Oleh yang demikian mendapat pahala bagi
sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana- mana barangan atau syarikat
didasari keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati
penglibatan yang tidak sihat itu ada pada syarikat atau mana- mana pengeluar barangan.
Tatkala itu, boikot adalah wajib keatas dirinya sahaja dan digalakkan bagi
sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.
Malah digalakkan juga umat Islam
mengutamakan syarikat Islam dan barangan keluaran Islam dalam menggantikan
produk – produk boikot bagi membantu peningkatan ekonomi umat Islam.
Justeru tepuk dada tanya iman samada kita
ingin mengutamakan kehendak sendiri dengan memilih barangan boikot yang
terlihat keunggulan dan kejenamaannya atau mengaulakan kepentinggan ummah dan
saudara- saudara kita di Palestin khususnya. Pilihlah samada ingin membeli
sambil membunuh atau mencari alternatif lain dan melaksanakan jihad muasarah
ini.
Namun di satu sudut yang lain sekiranya barangan- barangan tersebut
merupakan keperluan seharian yang tidak dapat dielakkan penggunaanya, maka
terdapat keringanan di situ. Semoga dengan sedikit usaha ini akan menjadi hujah
kita di hadapan Allah kelak. saya menyeru kepada diri saya dan semua saudara-
saudara seakidah untuk bersatu dan mengembleng tenaga untuk melaksanakan jihad
ekonomi ini.
sumber rujukan :
-al quran
-kitab iqnaa
-darul ifta'
-zaharuddin.net
"Thaqafah Cemerlang Kesatuan Gemilang"
"Memposisi Mahasiswi Berintergriti Membentuk Generasi Bersinergi"
Aisyah Binti Sakiron
Unit Pengetahuan Dan Bimbingan Hewi
Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir 13/14
"Thaqafah Cemerlang Kesatuan Gemilang"
"Memposisi Mahasiswi Berintergriti Membentuk Generasi Bersinergi"
Aisyah Binti Sakiron
Unit Pengetahuan Dan Bimbingan Hewi
Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir 13/14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan