KAHERAH,
22 NOV 2014 - Sempena musim imtihan yang bakal kunjung tiba, Unit Sambutan dan Rehlah HEWI
telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Jaulah Maqam sekitar
Kaherah. Jaulah ini disertai 32 mahasiswi dan penerangan mengenai biografi
pemilik maqam disampaikan oleh Ustaz
Muhammad Syakirin Bin Mohd Khalid.
Jaulah maqam ini diadakan
bertujuan untuk mendekatkan lagi hati-hati mahasiswi dengan para Aulia’ yang
merupakan contoh tauladan daripada aspek kefaqihan ilmu mahupun ketaatan kepada
Allah S.W.T.
Antara destinasi yang dituju
adalah maqam Syeikh Soleh Al-Ja’fari, maqam Syeikh Abdul Malik bin Hisyam serta
masjid kedua tertua di Mesir, Masjid Ibn Tulun. Tidak ketinggalan maqam
Saidatina Nafisah serta maqam para ahli bait yang lain di sekitarnya. Peserta
juga berpeluang menziarahi maqam Sultan Hanafi, yang mana terdapat perigi yang
terkenal dengan karamah airnya yang persis Air Zam-Zam.
Jaulah diteruskan dengan
menuju ke Masjid Amru al-Asr di mana ianya merupakan masjid tertua di Mesir,
maqam Imam Syafie dan ke Jabal Muqattam
yang terdapat maqam Wali Saghir ibn Athailah al-Askandari serta para auliya
yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan