HAYYU SADIS, 9 FEB 2015 – Lajnah Keseniaan Kebudayaandan Sukan (UKKS)
HEWI Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) sesi 14/15 sekali
lagi telah mengadakan aktiviti ‘SPORT TIME’ khusus buat semua akhawat Johor
yang diisi dengan beberapa permainan
antaranya bola jaring dan badminton yang bertempat di Nadi Syabab, Hayyu
Sadis. ‘Sport Time’ ini tidak lain tidak bukan adalah untuk bersama-sama
mengajak akhawat menggiatkan diri dalam bersukan dan memberi penekanan berkenaan
penjagaan kesihatan. Hal yang demikian bukan hanya semata dapat meningkatkan
tahap kesihatan individu bahkan dapat juga meribatkan ukhwah sesama akhawat
Johor.
Aktiviti yang berlangsung selama 2 jam ini,dimeriahkan lagi dengan
kehadiran seramai 35 orang akhawat dalam kalangan anak-anak Johor, BKAN taakhi
dan mutazawwijin. Permainan dimulakan dengan sedikit renggangan dan diteruskan
dengan aktiviti sukan badminton dan bola jaring.
Unit sukan kali
ini dengan temanya ‘memupuk semangat bersukan melahirkan generasi cergas’ telah
dapat mengasah bakat ahli yang mahir dalam bidang bola jaring dan badminton. Aktiviti ‘SPORT
TIME’ diakhiri pada jam 5 petang. Semoga
aktiviti ini akan terus mendapat sambutan daripada semua akhawat Johor khususnya
selepas ini sekaligus mengeratkan ukhwah antara ahli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan